Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website mymedia2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

Monday, December 16, 2019

Change new screnn LCD Iphone

..repair iphone sendiri...beli part screen LCD di shopee..mur mur mur gitu...nampak mudah bila kita tgk d youtube...kursus pun free je..iaitu tgk youtube...apa daaaa...




Wednesday, December 26, 2018

CARA MEMPERKENALKAN DIRI SEMASA TEMUDUGA KERJA

“Sila perkenalkan diri anda.” 99% temuduga biasanya akan dimulakan dengan soalan ini. Ramai penemuduga memilih soalan memperkenalkan diri sebagai ice breaking sebelum bertanya soalan lain.

KESILAPAN YANG SERING BERLAKU SEMASA MEMPERKENALKAN DIRI

Antara kesilapan graduan fresh graduate semasa menjawab soalan ini adalah mereka menjawab dengan meleret-leret. Tetapi jawapan yang diberikan itu tidak berisi dan tidak berkaitan dengan jawatan yang dipohon.
Jangan ambil masa terlalu lama memperkenalkan diri kerana penemuduga ada soalan lain yang mahu ditanya lagi. Ambil masa sekitar 3-4 minit sahaja untuk memperkenalkan diri. Dan pastikan jawapan anda itu ringkas dan padat.

TIPS DAN CARA MEMPERKENALKAN SEMASA TEMUDUGA KERJA

Jawab dengan jujur semasa menjawab soalan. Jangan terlalu gementar. Soalan ini antara tujuannya adalah untuk membantu anda menghilangkan rasa gementar.

Apa Yang Boleh Diceritakan?

Ketika menjawab soalan memperkenalkan diri, ini adalah antara poin-poin yang anda boleh gunakan:
  • Nama
  • Umur
  • Asal
  • Status berkahwinan
  • Kelayakan akademik
  • Tahun bergraduasi
  • Minat berkaitan jawatan
  • Pengalaman kerja

Jika Tidak Pernah Bekerja

Bagi graduan fresh graduate, sekiranya anda tidak mempunyai pengalaman kerja, anda boleh ceritakan pengalaman latihan industri anda.
Atau cerita tentang pengalaman kerja “part-time” yang pernah anda buat.
Dan jika anda memang tidak pernah bekerja langsung, anda boleh cerita tentang hobi dan minat anda yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon.
Pendek kata, ceritakan sesuatu yang menampakkan anda berusaha untuk buat sesuatu.

CONTOH JAWAPAN CARA MEMPERKENALKAN DIRI SEMASA TEMUDUGA

Saya (nama anda) berasal dari (tempat asal/tempat tinggal).
Saya mempunyai kelulusan (kelayakan akademik anda) dari (tempat anda belajar).
Saya (pernah/sedang) bekerja (nama syarikat) selama (tempoh bekerja).
Semasa belajar, saya pernah terlibat dengan (aktiviti/kelab/persatuan).
Saya mahir menggunakan (skil yang anda miliki).
Saya pernah mengikuti bengkel/kurus (nama kursus).
Boleh cuba susun dan ubah ayat ikut kesesuaian. Sebaiknya anda susun letak perkara positif tentang diri anda di bahagian depan.
Selamat pagi tuan. Nama saya Ami Syariff Bin Ismawi berasal dari Sri Aman, Sarawak.
Saya mempunyai kelulusan diploma dalam bidang Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) dari Politeknik Kuching, Sarawak. Saya baru bergraduasi pada bulan Februari tahun 2014.
Ketika belajar saya telah membuat latihan industri di Sri Aman Computer Centre, Sri Aman. Saya bekerja di bahagian Technician yang mana bantu selesaikan isu-isu teknikal yang timbul.
Saya sekarang ini sedang buat freelance membuat website. Saya ada membantu saudara dan kawan-kawan yang ini membuat website. Apabila ada masa lapang saya akan menulis artikel untuk blog peribadi saya.
Saya belum pernah bekerja dengan mana-mana syarikat lagi. Saya ke sini bagi memohon jawatan website designer.

APA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN?

Ketika menjawab soalan, cuba untuk menjawab dengan lancar. Pastikan juga emosi anda terkawal dan jangan lupa untuk memberikan “eye contact” dengan penemuduga.
Walaupun anda gementar pastikan anda cuba menjawab dengan yakin. Insyaallah, selepas menjawab beberapa soalan, gementar itu akan hilang.
Semoga artikel ini dapat membantu anda memperkenalkan diri semasa temuduga dengan baik.

Thursday, December 20, 2018

BIAR ORANG MENGATA, KITA SENYUM SAJA

fake friends
are like SHADOWS.
The follow you in
the sun but leave
you in the DARK.

Jika ada orang bicara mengenai kita DI BELAKANG, itu adalah tanda bahawa kita sudah ada DI DEPAN..

Saat orang MERENDAH-RENDAHKAN diri kita, itu adalah tanda bahawa kita sudah berada di tempat yang LEBIH TINGGI..

Saat orang bicara dengan NADA IRI mengenai kita, itu adalah tanda bahawa kita sudah jauh LEBIH BAIK dari mereka..
...
Saat orang BICARA BURUK mengenai kita, padahal kita tidak pernah mengusik kehidupan mereka, itu adalah tanda bahawa kehidupan kita sebenarnya LEBIH BAHAGIA dari mereka..

"Payung tidak dapat menghentikan hujan.. Tapi ia bisa membuat kita berjalan meredah hujan utk mencapai tujuan.."

Tuesday, December 11, 2018

10 Jenama Kasut Sekolah Popular Zaman Dulu, Mana Satu Favorite Korang?




Kalau teringat zaman sekolah dulu-dulu, setiap kali masuk tahun baru mesti nak kena ada sekurang-kurangnya sepasang kasut baru. Kalau tak dapat, memang rasa tak ada mood nak pergi sekolah.
Betul tak?
Kadang-kadang tu, bukan la nak kasut yang mahal pun, cukup sekadar dapat yang baru dah rasa puas hati.
Tapi tak dapat nafikan budak-budak sekolah ni ada jenama kasut favorite mereka sendiri. Ini lah senarai jenama kasut. 

1. NORTH STAR
Kasut standard budak sekolah menengah, North Star. Harganya dulu kalau tak silap, RM29.90

2. ALL AMERICA


Tak mampu beli Converse, asal dapat kasut yang ada ‘star’ pun dah cukup bangga wey. Hiks!

3. WARRIOR


Walaupun kasut sekolah Warrior ni antara jenama yang murah, tapi ia sangat tahan lasak dan tak mudah koyak.

4. PALLAS JAZZ


Antara jenama kasut lain yang dipakai oleh kebanyakan pelajar sekolah.

5. ALL STAR ( CONVERSE )


Siapa yang pakai kasut Converse time sekolah dulu memang dikira sebagai golongan orang berada la. Hehe!

6. PEGUIN @ KASUT KUNG FU


Simple dan comel je. Harganya pun memang tak mahal. Katanya, dulu boleh dapat dalam harga RM10. Betul ke gais?

7. SPARX

Dulu masa sekolah rendah, mak ayah selalu belikan kasut Sparx ni. Untuk kita yang baru-baru nak kenal dunia, ok je uolls. Tak memilih pun. Haha!

8. BATA
Kalau tak Sparx, mak mesti belikan kasut Bata sebab dua jenis kasut ni memang macam adik beradik, satu kedai je pun.

9. CARLTON
Ada sesiapa yang pernah pakai kasut sekolah jenama Carlton tak?

10. LINE 7
Kasut Line 7 pun boleh tahan smart wey. Selain tu, jenama kasut ni pun mengeluarkan design untuk kasut bola.



Okay dalam banyak-banyak jenama kasut sekolah yang kami senaraikan, mana satu jadi favorite korang? Jom share dengan kami.

Saturday, December 8, 2018

Yang lahir pada 50’60’70’80 dan 90an. Sila baca..


Mereka yang lahir di tahun 50-60-70-80 an, adalah generasi yang layak disebut generasi paling beruntung. Kerana kitalah generasi yang mengalami loncatan teknologi yang begitu revolusi di abad ini, dengan keadaan usia prima.

Akulah generasi terakhir yang pernah menikmati riuhnya suara mesin taip. Sekaligus saat ini jari kita masih lincah menaip di atas keyboard pula.

Akulah generasi terakhir yang merakam lagu dari radio dengan tape recorder. Sekaligus kita juga menikmati mudahnya memuat-turun lagu dari gadget.

Akulah generasi semasa kanak2 bertubuh lebih sihat dari anak masa kini kerana mandi sungai, panjat pokok, melastik, guli, getah gerip, adalah permainan yang tiap hari akrab dengan kita. Sekaligus saat ini mata dan jari kita tetap lincah memainkan pelbagai game di gadget.
Akulah generasi terakhir di masa remaja yang pernah mempunyai geng yang tanpa janji, tanpa telefon sms tapi selalu boleh berkumpul bersama menikmati malam minggu sepuasnya…
kerana aku adalah generasi yang berjanji cukup dengan hati. Kalau dulu kita harus bertemu untuk bergelak tawa bersama. Kini aku pun tetap boleh Ketawa di grup Facebook / WhatsApp .
Akulah generasi terakhir yang pernah menikmati lancarnya jalan raya tanpa jammed di mana-mana. Juga naik motor menikmati segarnya tiupan angin di jalan tanpa helmet di kepala.
Akulah generasi terakhir yg pernah menikmati tanpa perlu berpikir ada penculik yg
membayangi kita.
Akulah generasi terakhir yang pernah merasakan nikmatnya menonton tv hitam putih dengan senang untuk pindah saluran sana sini.
Akulah generasi terakhir yang pernah begitu mengharapkan datangnya posmen Menghantar surat, dari sahabat atau kekasih hati.
Generasi yg bawa RM0.10 – RM0.50 ke sekolah tapi blh makan sampai kenyang kat kantin..
Itulah aku…
Anda generasi itu?
Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda..
Sumber : Jom Share

Wednesday, February 18, 2015

Logo SK ABANG AING telah di "vector" kan...

Selamat malam dan salam malam dan salam tahun baru cina..hehe...banyak sangat salam ni..lupa pula satu salam...salam satu malaysia...peace yawwww!!!...sudah makan..tengah malam nanti..mercun akan bermula bom bom..saya nak update pasal saya ni memang dah lama siapkan logo tersebut..di mana logo yg lama tersebut bila dibesarkan size..pixel nya pecah dan menampakkan kabur nya gambar tersebut..logo yg lama tersebut sudah saya vectorkan..software yang saya guna adalah adobe illustrator cs6  itu link pic je..ehehe..di bawah pula saya memaparkan 2 gambar logo..satu logo adalah logo lama..dan satu logo pula adalah logo yang telah di "vector" kan..sekian..:)


update logo - 18/06/2015

Sunday, February 1, 2015

Bergambar bersama murid SK Abang Aing, Sri Aman... :)

Asslammualaikum reader reader sekalian..pula..byk reader hari ini..jarang pula nak update blogspot ni..orang bujang katakan..haaha...saja je nak upload pic di bawah tu..masa tu hari sukan bagi sukan SK ABANG AING, Sri Aman..memang best lah jadi cameraman ni..hehe..apa apa pun..kepada reader yang sudah bekerja tu..bersyukur lah apa yg anda dapat..kepada reader yang belum bekerja..berusahalah dan jangan cepat mengalah walau apa jua pun..ingat ya..