Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website mymedia2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

Monday, May 18, 2009

kawan...



khas untuk semua kawan2 ku, Pelatih IT ILP miri...:)...
aku edit video ini dgn mnggunakan software sony vegas 8.0..kualiti video smua ok...kecuali pasal pic itu..pixel nya kabur...pasal ku ambil dari internet...maaf ye pasal itu...:)..apa2 pun...kawan2...gembira lah ketika melihat video ini...jangan lupa kami wahai sahabat...:)
SMILE ALWAYS...

Saturday, May 9, 2009

pantun kasih yang diuji

Layang-layang terbang melayang,
Jatuh ke laut disambar todak,
Mulut sahaja berkhabar sayang,
Di dalam hati satu pun tidak.

Limau manis condong ke paya,
Boleh buat sampiran baju,
Mulut manis kepada saya,
Hati kasih pada yang lain.

Padi muda jangan dilurut,
Kalau dilurut pecah batangnya,
Hati muda jangan diturut,
Kalau diturut susah datangnya.

Menangguk, udangnya banyak,
Hendak dipepah airnya dalam,
Hendak masuk orangnya banyak,
Campaklah sepah dari dalam.

Buah rembega dibawa pulang,
Rama-rama terbang ke Jawa,
Adik membega, abang membulang,
Sama-sama membuang nyawa.

pantun budi

Anak itik matinya lemas,
Makan lenggudi di Bukit Askin
Hilanglah bahasa kerana emas,
Tak tampak budi kerana miskin.

Saya tidak menanam nenas.
Tanam kepaya di dalam padi,
Saya tidak memandang emas,
Budi bahasa yang saya cari.

Perigi dikatakan telaga,
Tempat budak berulang mandi,
Emas merah ada berharga,
Budi Bahasa bernilai abadi.

Pucuk nipah kelibatan,
Terletak mari di tepi pantai,
Biarlah rosak dalam lipatan,
Jangan rosak kena pakai.

Perabu lancang dari Petani,
Naik ke darat membeli kain,
Buah macang serupa keuini,
Rupanya sama rasanya lain.

Saturday, May 2, 2009

Teeworlds!!!

A retro multiplayer shooter

Teeworlds adalah satu permainan berbilang pemain yang dalam talian bebas, disediakan untuk semua sistem pengendalian yang utama. Memerangi sehingga 16 orang pemain dalam satu kepelbagaian permainan cara, termasuk Team Deathmatch dan Capture The Flag. Anda boleh juga mereka peta-peta anda sendiri!







Main lah...jangan tidak main..best sangat..hihi...anda pasti menyukainya..
  • klik link dibawah...muat turun game ini..
http://www.teeworlds.com/?page=news