Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website mymedia2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

Thursday, May 5, 2011

Kawan Makan KAwan...

Salam Sejahtera..

ya ya ya...kisah kawan makan kawan memang banyak berlaku di setiap insan..bukan nya tidak selalu pun berlaku..memang ada yg berlaku...kisah ini, ada kaitan dengan saya sendiri...skarang tidak ber 'aku' ihihi...ok...biar saya contohi kisah ini mcm kisah saya yg pernah menjadi sebahagian kisah ini...

kawan makan kawan juga boleh di kaitkan dengan kawan batu api...ya kan?...memang ya..mana tidak nya...

si A adalah seorang yang baik kalau depan kawan kawan dia... si B n si C pula, kawan yang boleh dikatakan kawan baik laaa....diaorang x pernah gaduh sampai masam muka..cuma utk suka suka..dikira gurau or 'plentey' lah.... tapi, bila mereka mula berkawan dengan si A, masing masing saling tidak bertegur sapa,..jarang..sekian lama begitu, si A bisik B yg C burukkan B dari belakang...bila dengan C pula, A cakap B yg burukkan C...sampai lah 1 hari cam itu, si C terus jumpa, face to face dengan B utk bertanya apa sebab sebenar nya..sudah tau sebabnya..si B pun heran dan masing masing buntu...last last, diaorang pun tau lah yang perselisihan faham antara mereta ini terjadi sebab A....tapi mereka taknak panjangkan cerita dan gaduh gaduh..so, mereka diamkan saja...

persoalan...patut ke si B dan C kawan lagi dengan A?....

itu lah kisah nya....bengang sungguh bila jumpa kawan baik mcm itu...memburukkan kawan lagi...dunia dunia...huhu..
di bawah ini, catatan dari internet..utk kita berkongsi pengetahuan lah..huhu...

Kawan baik,
Bukannya senang mencari kawan yang baik
Bukan senang juga menjadi kawan yang baik

Kawan baik
Bukannya senang mencari kawan yang baik
Bukan senang juga menjadi kawan yang baik

Kawan yang baik tak akan mengumpat di belakang kawan baiknya
Kawan yang baik tak akan cemburu dengan kejayaan kawan baiknya
Sebaliknya kawan yg baiklah yg plg banyak membantu utk mencapai kejayaan

Kawan yang baik tak akan mempengaruhi kawan baiknya utk buat pekara buruk atau sia-sia
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya utk buat kebaikan

Kawan yang baik adalah org yang di cari bila susah atau senang
Kawan yang baik tempat meluah perasaan yang tidak dapat diluahkan kepada kawan biasa

Kawan yang baik tak akan memaksa kawan baiknya utk sentiasa berada disisinya
Kawan yang baik tak akan melarang larang kawan baiknya utk berkawan baik dengan org lain

Kawan yang baik tak akan cemburu jika kawan baiknya ramai kawan baik kerana kawan yang baik tahu apa yang baik untuk kawan baiknya.
Kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya

Kawan yang baik tahu cita-cita kawan baiknya lalu memberi semangat dan dorongan
Kawan yang baik jika mengetahui kebodohan kawan baiknya lalu memberi pengetahuan
Kawan yang baik jika mengetahui kealpaan kawan baiknya lalu memberi peringatan dan petunjuk
Kawan yang baik sentiasa berada saat kawan baiknya bahagia dan tetap bersama bila berduka..

Dan jika kita hendak mendapat kawan yang baik, kita terlebih dahulu menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya