Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website mymedia2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

Sunday, February 1, 2015

Bergambar bersama murid SK Abang Aing, Sri Aman... :)

Asslammualaikum reader reader sekalian..pula..byk reader hari ini..jarang pula nak update blogspot ni..orang bujang katakan..haaha...saja je nak upload pic di bawah tu..masa tu hari sukan bagi sukan SK ABANG AING, Sri Aman..memang best lah jadi cameraman ni..hehe..apa apa pun..kepada reader yang sudah bekerja tu..bersyukur lah apa yg anda dapat..kepada reader yang belum bekerja..berusahalah dan jangan cepat mengalah walau apa jua pun..ingat ya..
 

Monday, September 3, 2012

Pan SALAPRO

Salam reader...lama tidak bersua bersama kita ni..reader sekarang ni apa khabar?..sihat ke?..Alhamdulillah jilka semua nya sihat..ok..hari ini, kita nak show sikit, maksud kita, nak share sikit tentang sedikit pasal kita..kita baru je beli kasut futsal baru..brand dari Thailand..'Pan' adalah nama brand dari Thailand..boleh tahan jugak kasut tu..sedap bila kita pakai..tapak nya pula, boleh tahan lah..ada beg lagi tu..waduh,memang cool giler..stokin pula, simple je..nanti kita show kan k..ada pic di bawah..subcribe jangan tak subcribe..tq..salam dari kita..








 

Wednesday, February 8, 2012

Meninggal ketika main game

A Taiwanese man who died while playing video games at an internet cafe was left for hours after fellow gamers failed to notice his death.

The body of Chen Rong-yu, 23, was found slumped in a chair at a cafe in New Taipei city on Tuesday night. He was rigid on a chair with his hands stretched out towards the keyboard and mouse. He had been playing League of Legends. Mr Chen's body had apparently been sitting there for up to nine hours without any of the 30 other people in the cafe noticing. He was last seen by a waitress talking on the phone around noon on Wednesday. An initial police investigation found he might have died of a cardiac arrest triggered by low temperatures. The man's family said he had been treated for a heart problem in September of last year. Police are still looking into the cause of the death. They say they suspect that a combination of tiredness, lack of movement and the cold weather could have caused blood clots and a heart attack.







Wednesday, February 1, 2012

Cara nak delete semua tweets dekat Twitter

Salam sahabat sekalian..senyum..:)..hihi...ni saya nak kongsi lagi ilmu yang baru saya belajar ni..huhu..korang semua ada account twitter kan?...yang tiada tu..boleh lah kongsi sedikit ilmu dari saya ni..hahaha..yang ada tu..pasti korang mahu delete tweets kan?..tak usah lah nak delete tweets satu persatu..buat korang penat jak..ini dia..ada 2 aplikasi yang saya jumpa..tp saya pilih 1 aplikasi saja lah..sebab aplikasi ini mudah dan cepat delete semua tweets yg ada dalam account twitter kamu..nampak senang bila membaca kan?..hihi...






Twitwipe - ini lah aplikasi atau website yang saya maksudkan...sekali tekan..ia akan delete semua tweets...jangan risau..ia tidak akan delete account twitter korang...korang boleh stop jika korang rasa macam sayang je tweets yang begitu banyak tu...jika rasa tak penting..apa lagi...attack terus k..hahaha...

terima kasih kepada blog yg telah share perkara ini sebelum saya

Sunday, January 29, 2012

MASALAH PRINTER??

Assalammualaikum..bertemu semula kita di blog saya..hahaha...smile always...
lama juga gua tidak post di blog..
apa khabar sahabat sahabat di sana?..apa kah sahabat sihat?..bagus..sihat selalu k...makan ubat jika sakit..:)..


ya ya ya...saya ada perkara yang nak share kan tentang pengalaman yang saya telah di pertingkatan baru baru ini...:)..pernahkah anda mempunyai masalah printer?..apa bila anda nak print..kertas yg nak di print tu..pasti akan stuck di situ je..itu punya masalah senang di selesaikan..jika anda mempunyai masalah tersebut...sila email saya...saya sedia membantu anda..:)...support pada semua jenis printer..:)

p/s: my email : amisyariff@yahoo.com.my

Thursday, June 16, 2011

!!! Laman Web Malaysia Kena Hack !!!

Salam Sejahtera...Salam Satu Malaysia..:)....


berita baru berita lama..mari kita membaca...membaca baik dari melepak..:)..

ye ye...aku baru post ni pasal baru tahu
yg website Malaysia kena hack oleh sekumpulan hacker yang dikenali sebagai ANYNOMOUS???.....


...kehebatan kumpulan ini telah hack beberapa laman web kerajaan pada petang tadi..pada 15 june 2011 lah...antara laman laman yang telah di hack oleh hacker ini...

1. www.cidb.gov.my ( portal Kerajaan )



2. lawan web politeknik




3. www.tourmalaysia.com.my



buat masa ini, laman web yg telah di hack itu..sudah pun stabil...apa apa pun...kerajaan malaysia tidak boleh diam diam..kerana..kumpulan hacker ini...mungkin akan beroperasi lagi dan menyerang laman web kerajaan yang lain...:)...

jom kongsi kongsi..jgn x..:)...copy paste from melvister

thanks...:)

Sunday, May 29, 2011

Kata Teman : Tak rugi ukur baju di badan sendiri

DULU lain, sekarang lain. Dulu macam-macam kita boleh buat dengan duit lima sen. Sekarang gula-gula Hacks pun 20 sen tiga. Dulu dapat duit poket 25 sen belanja sekolah, senyum sampai ke telinga. Sekarang ini, paling minimum ibu bapa bagi RM5 pun ada anak-anak yang kata tak cukup. Ada kelas tambahan, ada kokurikulum lagilah banyak belanja. Itulah teman dah kata, dulu lain sekarang ini sudah lain.

Hakikatnya macam itulah kehidupan kita. Kita pun tak boleh hendak bandingkan kehidupan dulu dengan sekarang sebab segala-galanya sudah berubah. Dulu gaji kecil, kos nak pastikan kelangsungan hidup pun kecil. Teman masih ingat lagi sewaktu mula kerja, gaji tak sampai seribu ringgit pun. Dengar cerita ada kawan yang gaji pokok RM1,800 mulut sudah ternganga. Sekarang ini, duit sebanyak itu hanya untuk bayar ansuran kereta.
Masa gaji kecil, cita rasa pun kecil walaupun ada jugalah sesekali pasang impian tinggi menggunung. Tahu pula jenis kereta sesuai gaji yang hendak dimiliki, makan pakai pun ala kadar saja.

Dulu makan murtabak pun pernah bercatu walaupun ayah cikgu. Sate pun paling banyak lima cucuk seorang sebab adik beradik berderet. Itupun bukan selalu kerana makan ‘special’ sebulan sekali ketika ayah dapat gaji. Hairannya tahu pula bawa diri. Nak minta apa-apa pun kena tengok hari, tengok kanan dan lepas itu tengok kiri.

Hiburan zaman dulu pun tak banyak. Dapat tengok wayang pacak pun sudah kira syok. Seronok bentang tikar mengkuang, lepak-lepak sambil makan goreng pisang. Gembira bukan kepalang walaupun cerita yang ditayangkan sekadar dokumentari Jabatan Penerangan. Hiburan sekarang sudah pelbagai - dalam rumah ada hiburan, luar rumah lagilah pelbagai rencah.

Orang dulu kala, hidup mereka tak banyak minta. Janji ada makanan atas meja dan pakai pun tak payah ikut jenama. Orang sekarang segala-galanya dinilai mengikut jenama - kasut, beg tangan, kereta, di mana alamat rumah dan gaya hidup. Nak minum kopi atau teh, paling tidak di kopitiam. Bukan sedap sangat pun walaupun harganya boleh beli hampir seekor ayam.

Itu sebab duit macam tak cukup-cukup. Gaji naik, selera pun naik. Kalau dulu Vincci, sekarang ini LV atau Gucci. Hakikatnya besar periuk, besar juga keraknya. Namun itu proses biasa dalam kehidupan. Kalau dulu setakat pakai kereta biasa, hendak jugalah merasa kereta luar biasa. Tak salah pun asalkan ada duitnya dan tidak amal cara hidup songsang.
Namun, tak salah juga jika kita mengamalkan cara hidup sederhana terutama dalam keadaan sekarang. Tak dinafikan kos hidup kita semakin tinggi dan bebannya lebih terasa jika duduk di kota. Keluar rumah bermakna keluarlah duit yang macam sungai mengalirnya.

Itu sebab ramai lega apabila harga petrol RON95, diesel dan gas memasak LPG tak jadi naik harga. Wajarlah juga kita ingat sampai bila tak naiknya kerana harga petroleum dunia mencanak bagai nak gila.

Nasib baiklah dapat pihak berkuasa yang prihatin nasib kalangan yang memberi mereka kuasa. Apabila harga petroleum naik, harga segala macam jenis barang yang lain pun akan naik.

“Aiyaaa minyak naik harga pun naik.” Itu reaksi biasa peniaga walaupun bisnesnya bukan jual minyak tetapi roti dan gula. Jadi ramai yang bimbang dan majoritinya bukanlah kalangan yang pakai LV atau Gucci yang ‘ori’ (original).

Demi golongan yang menentukan siapa berkuasa, jumlah subsidi ditanggung pihak berkuasa tahun ini katanya naik sekali ganda berbanding tahun lalu iaitu daripada RM10.3 bilion kepada RM20.58 bilion dek kenaikan harga minyak dunia.
Hakikatnya mereka pun tak mampu beri subsidi selama-lamanya kepada semua orang kecuali golongan pengguna tertentu saja.

Jadi elok sangatlah buka minda dan hati kita bahawa situasi dapat subsidi bukan untuk selama-lamanya. Lambat laun harga akan naik juga. Kalau tak bijak dalam bab bajet duit gaji, tak mustahil belum cukup bulan terpaksa pula makan maggi. Dalam situasi begini tak mustahil juga ada yang akan menangguk di air keruh. Jadi pak-pak menteri dan segala jenis YB, segala penjelasan mengenai situasi harga minyak dunia dari semasa ke semasa memang wajar sekali.

Rasionalkan juga soal subsidi minyak itu. Iyalah, macam kita belajarlah, dalam satu kelas itu, ada murid yang cepat tangkap, ada murid yang lambat sikit penerimaannya. Tak mustahil ada murid yang sampai sudah tak faham dan ada kalanya buat-buat tak faham. Dalam keadaan macam ini, acap kali juga salah faham boleh timbul, jika maklumat tak lengkap.

Dapat pula kalangan yang memang bijak ambil kesempatan, tak mustahil ia boleh mengharu birukan keadaan. Namun, teman percaya dalam kecelaruan ini ramai yang masih dapat berfikir secara waras. Dek waraslah ramai yang sudah bijak ukur baju di badan sendiri dan faham bahawa hidup dulu lain, sekarang memang sudah lain. Hakikatnya, bagi kebanyakan kita ia bukanlah soal hendak bergaya dengan LV ataupun Gucci tetapi lebih untuk pastikan hidup kita selesa dan harmoni tanpa wujud konflik dan sengketa. Jumpa lagi!