Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website mymedia2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

Saturday, December 8, 2018

Yang lahir pada 50’60’70’80 dan 90an. Sila baca..


Mereka yang lahir di tahun 50-60-70-80 an, adalah generasi yang layak disebut generasi paling beruntung. Kerana kitalah generasi yang mengalami loncatan teknologi yang begitu revolusi di abad ini, dengan keadaan usia prima.

Akulah generasi terakhir yang pernah menikmati riuhnya suara mesin taip. Sekaligus saat ini jari kita masih lincah menaip di atas keyboard pula.

Akulah generasi terakhir yang merakam lagu dari radio dengan tape recorder. Sekaligus kita juga menikmati mudahnya memuat-turun lagu dari gadget.

Akulah generasi semasa kanak2 bertubuh lebih sihat dari anak masa kini kerana mandi sungai, panjat pokok, melastik, guli, getah gerip, adalah permainan yang tiap hari akrab dengan kita. Sekaligus saat ini mata dan jari kita tetap lincah memainkan pelbagai game di gadget.
Akulah generasi terakhir di masa remaja yang pernah mempunyai geng yang tanpa janji, tanpa telefon sms tapi selalu boleh berkumpul bersama menikmati malam minggu sepuasnya…
kerana aku adalah generasi yang berjanji cukup dengan hati. Kalau dulu kita harus bertemu untuk bergelak tawa bersama. Kini aku pun tetap boleh Ketawa di grup Facebook / WhatsApp .
Akulah generasi terakhir yang pernah menikmati lancarnya jalan raya tanpa jammed di mana-mana. Juga naik motor menikmati segarnya tiupan angin di jalan tanpa helmet di kepala.
Akulah generasi terakhir yg pernah menikmati tanpa perlu berpikir ada penculik yg
membayangi kita.
Akulah generasi terakhir yang pernah merasakan nikmatnya menonton tv hitam putih dengan senang untuk pindah saluran sana sini.
Akulah generasi terakhir yang pernah begitu mengharapkan datangnya posmen Menghantar surat, dari sahabat atau kekasih hati.
Generasi yg bawa RM0.10 – RM0.50 ke sekolah tapi blh makan sampai kenyang kat kantin..
Itulah aku…
Anda generasi itu?
Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda..
Sumber : Jom Share

No comments:

Post a Comment